Monday, June 13, 2011

penyanyi dan datuk

siapa dapat meneka jumlah penyanyi yang ada di Malaysia? kalau ada yang dapat meneka, orang tersebut memang gila. ini kerana jabatan perangkaan negara sendiri tidak pernah menyenaraikan jumlah penyanyi dalam laporan banci penduduk, malahan pegawai banci itu sendiri tidak akan bertanya "err..abang pernah menyanyi?".

Tuesday, May 10, 2011

jangan lupa korek hidung

ketika aku mengetuk keyboard ini
suhu bilik luar biasa
kipas siling sudah gear 5
rasanya siling itupun bakal terbang bersama kipas

Friday, March 18, 2011

jangan baca khutbah juma'at!

Saya pernah tertidur semasa khutbah, tanya lah diri sendiri, rakan-rakan anda, saudara mara, pernahkah mereka tertidur semasa khutbah dibaca? jujurlah pada diri sendiri.

Sunday, March 6, 2011

Di sini ada menjual gadis.

Semasa kita menonton tv, melalui lebuhraya, membaca akhbar, menunggu teksi atau bas di perhentian, menanti transit aliran ringan di mana-mana stesen LRT, mata kita pasti dipaksa untuk memandangnya. Mahu tidak mahu kita akan menatap dan membacanya. Itulah urusniaga media berbayar yang bernama iklan.

Thursday, February 24, 2011

Putri Qaseh Nurzuhrah

Anakku,
setahun lepas mulutku terketar mencium mu,
suaraku kaku mengqamatkanmu,
kerana kau terlalu indah,
langsung tidak pernah ku duga kita akan bertemu.

Friday, February 11, 2011

Kelabu Malami.

Setiap hari kita didendangkan dengan berita-berita pelik. Ini bukan cerita politik, kalau politik memang harus pelik. Berita yang saya maksudkan ialah penangkapan pengunjung atau pekerja kelabu malami.

Monday, January 31, 2011

Seni menentang yang ditentang.

6 haribulan sepuluh 2011

tulisan ini telah dipadam oleh saya sendiri kerana menimbulkan ketidakpuasan hati pihak tertentu, yang saya percaya lebih arif tentang seni grafiti itu sendiri.

saya berpegang pada prinsip ~ menulis tanpa menganggu.

saya memohon ampun dan maaf jika tulisan ini menyakitkan hati pihak tertentu.

terima kasih kepada czchooi, newba dan anon 30 sept 4;10pm.

saya percaya anda semua adalah pakar grafiti, teruskan berkarya.

salam persaudaraan ~ Dakwat Basah!

Monday, January 10, 2011