
ternyata apa yang berlaku pada hari ini sudah sampai ke tahap haprak.
aku malas menulis rancangan realiti tibi yang ada, kerna semua orang sudah tahu. mengumumkan benda yang orang ramai sudah sedia maklum itu tidak berapa baik dan kelihatan bangang. cuma aku mahu menulis betapa kehidupan kita sudah dikawal oleh hiburan.

oh ya, ketika aku menaip ini, liptop ini sedang memainkan lagu hotil kalifornia. aku mendengarnya kerna tajuk lagu ini pelik, lebih pelik dari sungai lui.
kita semua sedang mengalami masalah yang digelar 'nyanyialisme'. memang bunyinya pelik kerna aku yang merekanya sendiri. selepas menghidupkan enjin kereta perkara wajib yang kita lakukan ialah on radio, dan apabila lagu kegemaran dimainkan mulut kita akan menyanyi secara automatik. semasa menghadap liptop atau komputer untuk menyiapkan assignment, pastinya desktop tidak sah jika tidak ada winamp player di bawah. malahan opis juga akan berasa sunyi jika tidak ada radio. semasa memasak atau memberus kain, kadangkala kita tidak perasan mulut kita sedang menyanyi. kerna itu aku menggelarnya 'nyanyialisme'.
wajib kita sedari bahawa penyanyi ini telah terlalu ramai ketika ini. meminjam kata-kata si tua berambut panjang isyam ; pergi tersepak, balik terlanggar. jika diibaratkan semangkuk tomyam, kuahnya sudah melimpah ruah dan mengotorkan kain alas meja. ia sudah terlalu penuh. malah kadang kala bila kita membuka tilibisyen dan melihat seorang penyanyi sedang berlagu, kita akan tertanya-tanya "eh, minah ni penyanyi ke?","bila pulak dia menyanyi ni?". ini kerna kita sendiri tidak sempat menyedari kemunculan penyanyi baru. ia terlalu pantas, lebih pantas dari pertukaran nombor plat kenderaan di w.p kuala lumpur.
aku ada satu soalan, kalau semua orang mahu menyanyi, lagu siapa mahu didengar?

ironinya, penyanyi perempuan yang berbaju yang menampakkan lurah buah dada dan memakai skirt yang kita boleh meneka warna seluar dalamnya ~ pasti dibooking oleh lelaki yang namanya bermula dengan gelaran datuk, tan sri dan tun yang ntah kebenda ntah.
dengarkan lagu ini yang tidak tangkap leleh.
6 comments:
btui tu DkwtBsh.. tu sebab gua tak bleh tengok family gua layan Af.. tengok plak artis tu syok sendiri berangan hebat.. suara macam itik serati pun ada hati nak jd penyanyi.. yg juri pun samo hamlau.. mau jer gua baling tv tu dalam sungai.. huhuhu
woit bro, byk tibi ko, drpd buang sungai baik kasi aku satu. aku mau samsung.haha..
zaman dulu, berlumba2 hntr ank pergi mngaji..
sekarang berlumba2 hntr anak mnyanyi..
jadi penyanyi tak sehebat jadi tukang jahit.. penyanyi kena joget2.. tukang jahit goyang kaki je.. kah3
hai.. jom baca latest update cik firus http://yanaalias.blogspot.com/2012/01/free-demo-bio-rejuv.html
Baru Folo sini. Menarik jugak blog ni. Keep blogging k!
Jemput la baca entri aku ini
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html
Post a Comment