Monday, January 10, 2011

From Beaufort with love


teman taulan bertanya
asal mana?
'Beufort'

seribu kerutan tergaris di dahi
hidung yang tidak gatal digaru
terpancar di mata mereka perasaan tidak tahu
tapi aku bangga
kerana pekan kecil ini
bagai roswell di new mexico
sini juga ada UFO
pada nama beaUFOrt
masih tegak deretan kedai papan
bercat biru turun temurun
masih ada keretapi lama
tidak beraircond bertingkap penjara
di sini van menjadi teksi
tanpa disaman oleh JPJ
aku cuma keliru
kenapa perlu bernama beaufort?
bukankah Leicester P. Beaufort ini sang penjajah era kolonial
mengapa tidak bernama Pangeran Syahbandar?
yang bersilat menikam orang puteh
lebih awal sebelum laungan merdeka 1963
atau kekalkan saja nama Padas
lahabau mana yang lupakan sejarah
terus menerus mengangkat orang puteh
itu 113 tahun lalu
dan hari ini pekan kecil ini bernama Beaufort
pekan yang tidak punya menara tinggi
tiada kaunter tiket untuk menaiki LRT
tiada showroom untuk kereta mewah
tiada anak muda eksyen pakai kot dan tie
tiada starbuck ~ tempat orang berlagak kaya
tiada laungan ketuanan melayu
tiada raja dan sultan yang mencuri daulat
tiada lampu kedai selepas 10 malam
tapi aku bangga
kerana ketiadaan ini bukan kekurangan
tidak seperti di kota kuala lumpur
kota yang melihat manusia terlalu kecil
kerana pembanggunannya melupakan nilai kehidupan
bingkai dan isi kemanusiaan telah lama ditinggalkan
peluh perkauman 13 mei masih berbau hanyir
melayu-cina-india masih di dalam tembok ego
yang membukit apabila mereka bertemu
ada menara tinggi
tapi di belakangnya orang tua buta meminta sedekah
ada kedai 24 jam
tapi di lorong sebelah ada lelaki berbaju wanita
berdiri di bawah lampu jalan
berpayudara besar menjual lubang belakang
ada kelab malam ranggi lampu lip lap lip lap
di tepinya gadis muda pelbagai bangsa
menonggeng di tingkap kereta yang berhenti
berunding harga menjual lendir
ada lebuhraya 3 lorong yang bersilang-silang
tapi bila mengambil tiket atau mentouch kad touch n go
sama seperti mengambil tiket kematian
lihat saja statistik kemalangan
saga-kancil-skyline-5 series-celica-c 200
semuanya sama bedebah
lalu di highway untuk membunuh diri
kalau pun ada manusia yang berhenti menghulur tangan
pada orang tua yang tidur atas kotak di depan kedai
jumlahnya sudah menikus
kerana nilai prada-gucci-bum-dunhill-rolex
adalah rukun iman di kotaraya ini
datanglah ke Beaufort ku
lihatlah kemanusiaan di mata penduduknya
dari pak lebai yang minum di kedai kopi cina
pendatang asing yang menjual ikan masin di pasar tamu
anak muda berambut merah duduk di tangga kedai
sumandak yang bekerja di kedai fotostat
apek yang menjual basikal
lihatlah lapisan hidup yang menerawang di pekan ini
yang hidup tanpa banggunan tinggi dan bau perkauman
calvin klein-dkny-polo- dibakul sampahkan
kerana hidup berkosmetik seperti sampah hanyut
kejap tersangkut di akar ~ hanyut lagi ~ tersangkut pula di tebing
buku dan akademik gagal mengajar
kotak halus fikrah kemanusiaan
pekan ini tetap begini
kerana jentera berat-mesin gelek jalan-lori tar
signboard 'AWAS ~ kerja di hadapan'
hanya muncul 5 tahun sekali
seminggu sebelum pilihanraya
jangan disebut sumpah dan daulah disini
pekan ini pekan bumiputera
dan menghulur tangan menjabat
melayu-cina- india dan bangsa lain
tanpa perlu sikap prejudis
kerana pekan ini berkata
bumi ini milik pencipta
'Beufort'
bila kau berubah wajah satu hari nanti
jangan kau tanggalkan topeng keinsanan
yang sudah jadi darah dalam urat
tiap manusia yang berjalan di atas badanmu
jangan kau lupa norma masyarakat
peribadi yang sekian lama kau miliki
dan
jangan kau benarkan orang gila bertempik ketuanan melayu disini
kerana penyakit gila ini cepat berjangkit
melalui pernafasan dan gigitan nyamuk
terima kasih Pangeran Syahbandar
walau pekan ini tidak ternukil namamu


* sumandak : anak gadis

6 comments:

cemomoi said...

ooo tak pnah dengar sejarah pangeran syahbandar tu... menarik mungkin sama cam sejarah rosli dobi di sarawak

Dakwat Basah! said...

rosli dobi sedikit bertuah, namanya masih dlm lipatan sejarah. x spt pangeran, terus lenyap berganti residen l.p beaufort.

peGuaM_BiSaYa said...

saya orang bisaya beaufort!! kembang bulu roma baca bingkisan kata2 yg takkan pernah tercalar di dinding kota yang mungkin berbau bangsa bumiputera tapi hanyir tak berbahasa.

Dakwat Basah! said...

ikau namara da joki miss paguam.
(u tell me ms. lawyer)
bawalah kebanggaan pd masyarakat dan negara.

fya zainal said...

saya jugak org Beaufort!!!!

Pian said...

saya bangga sya urang bopot !! haha