Thursday, February 24, 2011

Putri Qaseh Nurzuhrah

Anakku,
setahun lepas mulutku terketar mencium mu,
suaraku kaku mengqamatkanmu,
kerana kau terlalu indah,
langsung tidak pernah ku duga kita akan bertemu.

Dan hari ini kau bisa berdiri,
makan,
senyum,
dan memanggilku,
papa.

Anakku,
aku tidak pernah bosan,
mendendangkan lagu anakkku sazali,
untuk menidurkan mu,
akan ku nyanyikan,
lagi dan lagi.

Anakku,
senyumlah,
bukan aku sahaja yang gembira,
tapi juga ibumu,
dan ratusan orang sekeliling mu.

Wajahmu punya cahaya,
seganas mana rupa manusia,
pasti senyum bila menatapmu.


Aku rindu ketika sepertimu,
tiada rasa takut,
tiada rasa malu,
tiada keinginan,
tiada kerisauan,
tapi roda ini pasti berputar.

Anakku,
saat aku menulis ini,
Tunisian sedang berhari raya kerana kerajaan zalim sudah jatuh,
Mesir baru bebas dari daging mubarak,
1000 orang Libya sudah dibunuh oleh gadaffi.

Di Bahrain,
Iran,
Yaman,
sudah melenting rakyat di jalanan,
sama seperti 13 tahun lalu di kota kuala lumpur.

Anakku,
mereka merayakan kebebasan.

Satu hari nanti,
kau google lah cerita ini,
kau google lah sejuta cerita kemanusiaan,
cerita penentangan,
cerita kerajaan yang kurop,
cerita polis yang membunuh orang,
cerita hakim yang boleh dibeli,
cerita keburukan raja dan sultan,
agar kau tak menjadi penaat macam hang tuah,

















Anakku,
dunia ini zalim,
pilihannya hanya menyokong kezaliman,
kerana itu ia zalim.

Anakku,
kalau ada orang berkata,
cinta lebih penting dari wang,
dia sakit,
aku juga pernah berkata begini dulu,
kerana dulu aku sakit.

Bacalah,
hafallah ini,
cinta tanpa wang,
seperti makan tidak minum.

Anakku,
aku tidak pernah mengajarmu kebencian,
aku cuma mahu kau tahu kebenaran.

Bila kau besar nanti,
kau bacalah ini,
dan belajarlah,
kerana hanya ilmu yang menukar,
sebiji batu dan,
segenggam pasir,
kepada sebuah bangunan.




Merangkak lah,
berdiri lah,
berjalan lah,
bermain lah,
kerana setiap hari adalah,
hari raya bagimu.

selamat hari lahir tahun pertama sayangku.

with love - papa - muahh.

7 comments:

Abu Bagi said...

banyak pesanan tuk jenerasi akan dtang..

Shaizul Sapar said...

trm ksh. pesanan utk org baru.

terokai seni said...

huuu banyaknya si kecil ni nak kena gugel, kan?

Shaizul Sapar said...

ops. takpe..tggu lah dia besar dulu.

SITI KAY SUAAIDI said...

anak abg ek? kiut ler. lama dh x singgah kt blog abg. :)

Shaizul Sapar said...

siti, ya. baru setahun.

Mr. Pecan Butterscotch said...

cute baby..sekarang mst da besar..