Friday, March 18, 2011

jangan baca khutbah juma'at!

Saya pernah tertidur semasa khutbah, tanya lah diri sendiri, rakan-rakan anda, saudara mara, pernahkah mereka tertidur semasa khutbah dibaca? jujurlah pada diri sendiri.

Pada saat semua pihak bersetuju bahawa masalah sosial terlalu meruncing, arak diteguk seperti mineral, anak dibuang seperti kain buruk, rasuah wajib di sana sini, dan anak gadis bangsa kita semakin galak mengangkang di hotel bajet, kita terlupa memandang kepada peluang untuk menyelesaikannya yang terhidang di depan mata ~ itulah yang dipanggil penghulu segala hari iaitu hari juma'at.

Mungkin tidak ramai yang sedar, pada hari ini lah mat dadah, samseng jalanan, ceti haram, polis yang ambil rasuah, menteri berperut boroi, kaki lepak, kaki skodeng, kaki mabuk, kaki rogol dan ramai lagi ~ mereka berada di masjid. Tidak kira mereka menunaikan solat fardu atau tidak, tetapi mereka ada di masjid pada hari ini.


Saya melihat peluang yang ada tidak digunakan sebaiknya. Apa yang saya tahu, skrip khutbah setiap minggu yang dibaca sudah sampai ke tahap karangan. Seseorang perlu memberitahu penulisnya bahawa peluang seminggu sekali ini jangan diisi dengan karangan yang ringan dan tidak berpijak di bumi nyata. Apa yang kita perlukan ialah satu khutbah yang isinya mampu untuk membuat kita semua berfikir, bahawa dunia esok berubah kerana hari ini kita yang mengubahnya.

Hari ini, saya mendengar karangan tentang makanlah makanan berkhasiat. ya ampon.. karangan seumpama ini adalah tahap kemahiran bersepadu sekolah rendah ataupun kemahiran hidup bersepadu sekolah menengah. Subjek ini sudah lama ditinggalkan. Kenapa kita perlu kembali ke zaman di mana kita masih kanak-kanak yang diajar supaya mencuci tangan terlebih dahulu sebelum makan? Ini langsung tidak membuka minda.

Sayangnya, karangan tadi tidak pula menyentuh tentang bagaimana cara membasuh sayur yang terkena sisa radioaktif.

Telah terbukti bahawa solat juma'at adalah hari di mana bukan sahaja ustaz-ustaz sahaja yang memenuhi staf, tetapi juga mereka yang tidak pernah ambil pot tentang solat fardhu. Bayangkan waktu khutbah dibaca lebih kurang setengah jam diisi dengan borak kosong sesama mereka ataupun tidur, bukankah rugi?

Semuanya terjadi kerana tiada daya tarikan untuk mendengar dan menumpukan perhatian. Lihat baik-baik, seorang guru sejarah yang membaca cerita bagaimana francis light menakluki pulau pinang tentu akan membosankan berbanding seorang guru sains yang mengajar bagaimana air memenuhi ruang melalui eksperimen ringkas di makmal. Ini adalah sifirnya.

Maka karangan yang ditulis ini perlu bersifat menunjukkan jalan, bukan setakat menyedarkan sahaja. Karangan baru ini wajib mempunyai roh yang akan membuat jemaah terpegun dan mulut mereka akan membincangkannya selepas keluar masjid.

Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah jemaah tidak ingat apa isi khutbah sejurus selesai tahiyat akhir. Apa yang difikirkan ialah untuk terus bangkit dan cabut dari masjid.

Tindakan terakhir terletak pada tangan khatib, jangan membaca, tetapi menyampaikan! Ironinya, mata saya semakin bertambah mengantuk setiap kali nama sultan yang panjang sampai ke datukanda dan moyanganda disebut dalam doa.

7 comments:

Hasrol Nizam said...

jika tak dapat nak baca khutbah selain dari teks tu pun, cubalah membaca dengan intonasi yang menarik.

bukan hanya satu nada sahaja.itu yg bosan

hehe..ayat terakhir tu mmg. panjang bebeno..

Shaizul Sapar said...

hasrol, biasanya bacaan dgn nada mendatar dari awal sampai habis. dan nama kt ayat terakhir tu, hati2 sikit. nti kena ISA. haha..

Unknown said...

Salam...
Bacaan Hadis juga kurang. Mcm mane nak masuk ilmunya adainya khutbah tidak berkait rapat dengan Al- Quran dan Hadis. Dunia dah canggih, namun sound sistem kat masjid masih ditahap 90'an.. Apa salahnya diberi sound sistem yang menarik, lepas tu letak projecter untuk orang pekak, boleh la diorang baca kt projector 2.

Shaizul Sapar said...

btl tu bang. biasanya masa doa antara 2 khutbah tu x pakai speaker. jemaah masing2 memandang sesama sendiri, klu jemaah dpn dah sapu muka, semua pun ikut. apa yg didoakan, wallahu allam.

Penanggah said...

masa khutbah tu ler mata mula jem.. tapi bila kluar jer masjid perghh bukan main lg segar bugar... cehh!

Shaizul Sapar said...

penanggah ; betul tu. sama lah kita. kahkahkah..

Anonymous said...

影音视讯聊天室 , 喔喔娱乐社区 , 成人交友社区 , 视频裸聊网 , 聊性的qq群 , 夫妻视频的qq群 , 领秀娱乐社区 , 免费网页在线聊天室 , 台湾辣妹聊天室 , 裸聊性