Friday, December 24, 2010

Membaca khutbah Jumaat

Penghulu segala hari ialah hari juma'at dan ketua kampung digelar tok penghulu.

Hari ini akan saya kenang sampai bila-bila,hari ini saya berjaya meloloskan diri ke ruang dalam masjid yang ada aircond. Rasa cukup sejuk, wangi dan mengantuk. 24 disember 2010, saya akan tulis tarikh ini dalam memory handphone.

Kebiasaanya saya cuma dapat duduk di luar yang agak panas kerana jemaah yang ramai. Tapi hari ini saya melangkah kaki lebih awal, maka saya dapat bergembira duduk dalam aircond. Saya sampai awal dan sempat mendengar tazkirah yang disampaikan sebelum azan dilaungkan.

Saya mengamati wajah insan yang memberi tazkirah, ada iras-iras wajah orang arab. Malah kalau dilihat sekali imbas seperti Mahmoud Ahmadinejad, tapi mustahil beliau, kerana kerajaan telah mengharamkan syiah dari bumi Malaysia ini. Tazkirah diberikan dengan santai tapi bersemangat. Saya dan jemaah yang lain dapat merasakan kehadiran roh tazkirah itu. Apabila tiba part yang melucukan, semua jemaah tersenyum-senyum dan kedengaran gelak kecil. Itu maknanya ada perhubungan antara insan itu dengan audience. Suasana ini jauh berbeza dengan hubungan antara murid dan guru semasa belajar matematik lebih-lebih lagi dalam bahasa inggeris, ini suasana meratapi kematian.

Antara intipati tazkirah beliau ialah kewajipan solat, dan beliau mengingatkan bahawa solat ialah perkara pertama yang dihisab di akhirat kelak. Jika solat ok, maka ok lah. Jika solat failed, janganlah bermimpi sedekah sepuluh juta kepada anak yatim semasa bulan puasa akan dapat menampung kekurangan solat. Jika tiang tunjang yang terpacak di tengah rumah patah diserang anai-anai, maka runtuhlah rumah tersebut, begitu jugalah solat. Kerana solat itu tiang agama.

Saya tidak berapa ingat isi-isi tazkirah yang lain, kerana kebelakangan ini saya mengalami masalah 'kuskuskawalikupkus' atau dalam bahasa melayu bermaksud 'mudah lupa'. Apa yang saya ingat ialah saya sudah kahwin dan mempunyai seorang bayi perempuan, dan bayi saya ada gigi 5 batang. eh..4 batang..tengok, ini pun saya terlupa.

Tapi insan tadi ada bersyarah tentang rezeki yang halal. Dia berhujah bahawa rezeki yang halal adalah dari sumber yang halal. Dia bercerita pengalaman sahabatnya dijemput untuk berceramah di surau, di dalam sebuah kilang arak. Kilang arak ini ada pekerja muslim, dan mereka berpersatuan, jadi mereka mengadakan aktiviti ceramah di surau yang disediakan dan menjemput sahabat beliau. Semasa pergi, beliau dijemput oleh pekerja kilang ini menaiki mercedez benz namun beliau tidak memaklumkan sirinya dan apa nombor platnya. Sedang berceramah, seorang pekerja kilang bertanyakan soalan. "Adakah halal bekerja di kilang arak?". Lalu dijawab oleh ustaz tadi, mengikut hukum adalah haram. Lalu ustaz tadi disuruh balik berjalan kaki.

Mungkin mereka ingin mendengar jawapan lain yang mengatakan pekerja kilang arak tidak bersyubahat, kalau ini jawapan yang dinanti saya sarankan mereka menjemput NGO Sister In Islam untuk berceramah. Kalau SIS yang berceramah, saya pasti penceramah akan menaiki mercedez benz pergi dan balik. Kepada SIS, saya nak tanya sikit, dah gantung stokin dalam rumah ke? nak tunggu santa claus malam nanti.

* Kepada mereka yang tidak tahu apa itu arak, arak ialah sejenis binatang yang mengeluarkan lendir yang pelik dan berbunyi seperti tapir.

Tiba masa khutbah dibaca, tapi khatib bukannya insan yang memberi tazkirah tadi. Khatib ini kelihatan lebih muda, janggutnya lebih pendek dan dia berpakaian serba hitam. Wajahnya pada saya jauh lebih hensem daripada maher zain dan anuar zain. Saya rasa pakaian ini ialah pakaian rasmi untuk pekerja masjid KLCC. Saya selalu melihat pakaian ini dipakai semasa saya kecil, ketika itu saya menonton siaran tv1 yang menayangkan orang bersolat jumaat di masjid negara, secara langsung. Kadang-kadang kelihatan juga kelibat menteri bersolat di saf depan dengan memakai baju melayu, samping dan stokin. Nasib baik mereka tidak memakai tanjak dan keris seperti hang tuah.

Saya tidak tahu bagaimana rasanya apabila bersolat di depan kemera, yang kita tahu jutaan warga negara boleh menonton. Kalau saya berada disitu, saya akan berasa geli dan waktu solat 2 raka'at akan habis dengan mengontrol hensem. Nampaknya rtm mempunyai terlampau banyak kemera dan lampu sehinggakan orang bersolat pun ditayangkan. Untuk apa? soalan saya ini pastinya tidak mampu dijawab.

Satu lagi kegembiraan saya pada hari ini kerana saya dapat menatap wajah khatib. Saya berpendapat ilmu itu lebih senang masuk jika saya melihat orang yang memberi ilmu. Cubalah bandingkan ceramah yang kita dengar dari kaset atau cd cetak rompak, dengan ceramah secara live. Namun saya dapat merumuskan satu teori yang boleh dijadikan fakta, iaitu khatib-khatib lebih suka membaca dari menyampaikan. Selama saya hidup, dari kali pertama saya mengikuti bapa tercinta ke masjid untuk solat juma'at, kira-kira usia 7 tahun sehingga sekarang, saya tidak pernah melihat khatib menyampaikan khutbah. Kalau dihitung dengan tahun, telah 16 tahun saya mendengar bacaan khutbah. Biasanya isi khutbah dicetak dalam kertas A4 yang saya tidak pasti berapa helai.

Tuan-tuan ketuanan melayu dan puan-puan kepuanan melayu dan pembaca yang budiman.

Saya perlu jelaskan beza antara membaca dengan menyampaikan. Ini bukanlah sekadar perbezaan pada tulisan dan bunyi sebutan. Beza ini cukup besar lebih besar daripada beza suara sarip dol dan ramli sarip. Dan perbezaan ini pada saya cukup mempengaruhi jemaah yang hadir. Membaca ialah kita menyebut satu-persatu ayat yang tertulis di kertas. Menyampaikan ini mempunyai konteks yang lebih besar. Memang betul membaca ialah satu proses penyampaian. Tapi adakah isi yang dibaca ini sampai dan dapat disampaikan kepada jemaah?

Saya tidak pernah mendengar ada orang atau organisasi membuat kajian kenapa umat islam mengantuk dan tertidur mendengar khutbah juma'at. Tapi saya sarankan SIS tidak perlu buat kajian, pegi tunggu hadiah dari santa claus dulu. Untung-untung dapat menumpang naik kereta rusa, bukan produa rusa, tetapi rusa betul. Saya ingin buktikan bahawa isi khutbah ini hanya didengar, tetapi rohnya tidak sampai. Kalau setakat mendengar, jemaah yang tertidur sampai air liur menitik di sejadah pun boleh mendengar. Kerana khatib tidak mempunyai mentaliti untuk menyampaikan, penzahiran semangat untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu itu tidak wujud, dan tidak mungkin wujud dalam suasana pembacaan.

Paling tepat kalau saya katakan khatib dengan jemaah tidak berhubung. They are not connected each other. Sayang sekali pertemuan umat islam seminggu sekali ini tidak menjadi platform curahan ilmu untuk diaplikasikan. Ciri-ciri khatib ini cukup saya kenali, kebiasaannya suara mereka mendatar dari mula sampai habis khutbah, dan pandangan mata mereka hanya tertumpu pada kertas A4. Kadang-kadang mereka akan memusing-musingkan tongkat yang dipegang. Lebih memeritkan adakalanya sampai terlupa muka surat berapa dan memakan masa lebih kurang 20 saat untuk membelek semula dan mencari muka surat baru yang belum dibaca. Pada masa ini jemaah yang tidur akan terbangun sendiri kerana menyangka khutbah sudah habis dibaca, walhal khatib sedang mencari muka surat. Sampai begitu sekali kenikmatan mendengar bacaan ini. Saya cuba mencari beza antara guru sejarah saya dulu dengan khatib. Tiada beza, kedua-duanya membaca.

Saya hairan kenapa di Malaysia perlu ditambah 1 lagi rukun khutbah, menjadi enam. Rukun ke-6 ini ialah membawa kertas A4. Pada saya khatib umpama guru yang berilmu, dan tidak memerlukan kertas A4 yang bertulis. Janganlah nampak terlalu formal seperti farith ismeth emir, dia perlu begitu kerana tugasnya membaca berita rtm yang tunggang langgang dan memerlukan rujukan.

Saya selalu berangan-angan melihat seorang khatib yang berdiri gagah, memulakan khutbah tanpa kertas A4, suara yang jelas, matanya menatap wajah para jemaah, intonasi dan sebutan yang betul, nada yang mengikut kesesuaian, dan kalau dia mengajak orang berperang para jemaah akan balik ke rumah selepas solat untuk mengambil pedang dan pump gun~ dan ini tidak pernah berlaku selama 16 tahun.

***********************************************************

email yang baru diterima : sesiapa yang berminat menjadi ahli SIS perlu bersunat sebanyak 5 kali.

2 comments:

Fared Isa said...

bravo bro..

very true!

nowadays so hard to find the real talented khatib, who can connect with jemaah...

kalo ada pon dah masuk ISA rasanya..

Shaizul Sapar said...

probably in kamunting.