Thursday, April 19, 2012

untuk manusia yang pernah aku temui

aku menulis tanpa kopi pahit
nasib baik ada kretek

untuk orang tuaku
bacalah ini
aku mencintai kalian berdua
seperti nyawaku sendiri

untuk kekasihku
maafkan aku
aku gagal menjadi sempurna
kerna kau anugerah paling indah

untuk makcik nasi lemak kinrara
aku tambah kerang sikit kau nak berkira
3 bulan aku tak singgah gerai kau
padan muka

untuk bekas bos ku
bila kau nak carum epf
lahabau..setahun kau tak bayar
tapi aku dah maafkan kau
aku saja tulis

untuk alam
terima kasih kerna
buat aku gembira
melihat hujan dan pelangi

untuk bezita dan pikor
ikan yg aku bela
jangan keluar akuarium bila aku tiada di rumah

untuk anak gelendangan
yang menjual kelendar mengharap ehsan
aku sayu melihat kalian
kerna aku juga pernah berkaki ayam dulu

untuk perempuan chow kit
aku percaya kisah
pelacur beri anjing minum di kasut
bisa ke syurga

untuk penggali kubur
terima kasih kerna membuka kafan di wajah putri
aku bisa melihat senyuman akhirnya
yang penuh erti

untuk yb beaufort
jalan kampung aku dah siap
tapi aku tak kan balik mengundi
lebih baik aku masak sup lembu

untuk hadi pelukis pasar seni
lu memang kool bro
aku lupa tanya nombor metrik kau di aswara

untuk jalan dunia
kau beri aku laluan sukar
yang jadi guru paling hebat
pernah mengajarku

untuk kau yang sedang membaca
cinta tak wujud jika tak gembira
carilah dunia mu sendiri
yang buat kau tertawa

untuk semua orang yang pernah melihat langit
senyumlah
gembiralah
berlarilah
dunia ini milik kita
jangan rampas milik orang lain
buang puntung rokok dalam tong sampah
jangan letak tahi hidung bawah meja
buku paling baik ialah hari semalam
jangan mengumpat dan menipu
buatlah apa sahaja asalkan yang baik
moga al-mizan kita berat ke kanan
berdirilah
angkat tangan
dan cakap
"hadir cikgu"

2 comments:

Anonymous said...

ini come back ke?

macyhumaira said...

tak paham yg hujung..

dan saya yg sedang membaca.

dan saya nak satu perenggan panjang khas utk saya..

wajib pakcik!!!