Wednesday, August 25, 2010

EDISI BAHASA II : BUANG BAYI - ada berita yang belum dikhabarkan.

Bacaan bagi mereka-mereka yang mengerti. Entry ini panjang, sepanjang kes ini yang tidak ada kesudahan.

Masalah apapun tidak akan berakhir jika semua pihak saling menuding jari. Dalam kes ini, ada yang menyalahkan ibu bapa, tidak kurang juga mengkritik sistem pentadbiran dan polisi, ada juga yang meletakkan kesalahan total kepada anak remaja tersebut. Forum-forum yang membincangkan kes ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan malam jumaat.

Berhentilah dari sikap menyalahkan sesama sendiri kerana sekarang ialah masa untuk mencari jalan keluar yang terbaik. Rasionalnya, hal ini terjadi kerana hubungan seks yang akhirnya menyebabkan perempuan tersebut mengandung. Namun kerana takut menanggung malu di dunia, takut dikutuk dan dipulaukan oleh keluarga dan saudara-mara, maka darah daging sendiri yang baru sahaja belajar bernafas, berakhir hayatnya di dalam tong sampah. Berlainan halnya jika pasangan tersebut telah bernikah, tentu sekali tidak akan ada sekelumit pun rasa malu jika mengandung apatah lagi mahu membunuh anak sendiri. Pada tahap ini, kita mengerti bahawa puncanya ialah melahirkan anak sebelum bernikah.

Seks ialah satu perasaan yang sukar digambarkan. Kebanyakan orang lebih suka menjadi hipokrit. Kerana itu kita tidak boleh sasarkan suspek untuk kes ini hanya kepada remaja yang bergelumang dengan masalah sosial. Anak gadis yang bertudung dan baik pekertinya juga tidak terlepas dari masalah ini. Hatta ustaz dan ustazah sekalipun pernah ditangkap khalwat. Rakan saya yang suatu ketika dahulu belajar di kolej perubatan di sebuah negeri, pernah memuji kecomelan seorang pelajar perempuan yang elok bertudung. Seminggu kemudian, rakan sekelas beliau menunjukkan gambar bogel pelajar tersebut dan berkata ‘saya dah main dengan dia’. Apa yang saya ingin tekankan disini ialah seks itu sesuatu yang kompleks. Jika terlalu menurut nafsu, gula jawa rasa cokelat. Oleh itu seks ialah senjata pembunuhan dalam konteks ini, tinggal lagi untuk mencari apa yang mendorong mereka untuk membunuh.

Jika anda google dalam internet tentang seks, jutaan video dan cerita seks memenuhi desktop. Teknologi kadangkala membunuh peradaban manusia tanpa kita sedari. Tambahan pula akses yang tiada had masa dan usia. Seawal umur 7 tahun kanak-kanak sudah bisa mengenali apa itu doggie style, dan berpuluh lagi kaedah seks hanya dengan menonton video dengan bantuan jalur lebar tanpa sempadan. Jadi berhentilah membuang masa untuk berfkir bagaimana untuk mengaplikasikan pendidikan seks dalam sekolah, kerana anak-anak ini 100 kali lebih genius daripada guru. Perlunya peranan Jabatan Internet Negara (ada ke?) atau Jabatan lain yang relevan untuk menapis video-video dan lain-lain material yang bertempiaran di alam internet. Kenapa jabatan Internet Negara boleh block laman web GutterUncensored.Com, kenapa tidak laman web yang lain. Adakah kerana Gutter memaparkan berita yang buruk tentang Perdana Menteri kita? Itu ialah hal lain, yang penting kita tahu bahawa jabatan Internet Negara boleh melaksanakannya. If you wish, 100%, if you refuse 110% excuse! Selamat berpuasa untuk kakitangan Jabatan Internet Negara.

Pada zaman ini, hanya dengan RM 50/= dalam kocek seluar, anak remaja sudah boleh menempah bilik hotel untuk 24 jam dan berasmara dengan pasangan sehingga tidak larat untuk berdiri lagi. Tempat untuk melakukan maksiat tersedia di hadapan mata, tinggal lagi untuk meminta wang bayaran bilik hotel daripada ibu bapa. Keesokan harinya, bertambah lagi satu koleksi video 3gp dalam internet, kali ini tajuknya ‘aksi zainab di HOTEL JAMAL’. Tapi yang pastinya, hanya wajah perempuan yang akan kelihatan. Pada tahap ini, sekali lagi peranan Kerajaan penting. Kita boleh mewajibkan seluruh hotel dalam Malaysia supaya mengehadkan ‘client’ kepada mereka yang telah bernikah sahaja (bagi melayu sahaja). Setiap pasangan yang telah bernikah mempunyai sijil atau kad nikah. Jadi tidak ada alasan untuk mereka yang belum bernikah untuk menyewa bilik hotel. Kedengaran seperti susah, tetapi ianya susah kerana tidak dipraktikkan lagi. Kalaupun tidak dapat mencegah 100%, sekurang-kurangnya ada penurunan daripada tidak ada tindakan langsung.

Melihat kepada kadar pembuangan bayi yang meningkat dengan drastik pada bulan ramadhan (ogos) ini, sudah tentu proses persenyawaan itu terjadi pada awal bulan November tahun lepas. Bagi remaja di Malaysia, bulan November dan December adalah ‘heaven months’ kerana pada masa ini tiada lagi buku teks yang perlu dibawa ke sekolah. Pada bulan ini, para pelajar telah selesai menjawab soalan peperiksaan dan apa yang perlu difikirkan hanyalah cara untuk meraikan kegembiraan setelah bertarung dengan buku teks dan peperiksaan. Pada masa inilah juga ada yang tidak kisah daranya diragut kerana begitu gembira setelah melalui zaman persekolahan. Pernahkah anda secara tiba-tiba membelanja rakan sekerja selepas mendapat gaji dan bonus 8 bulan, padahal rakan sekerja itulah yang anda umpat saban waktu. Ini dikatakan kegagalan akal untuk berfungsi dengan waras setelah merasa terlalu gembira. Yang selebihnya, anda fikiran sendiri. Ada yang merancang untuk berkhemah di hutan atau anak sungai berhampiran, tidak kurang juga yang mendaki bukit di belakang rumah. Yang peliknya pada tahap ini, kebanyakan ibu bapa akan mudah termakan pujuk rayu anak-anak untuk membenarkan mereka keluar bersama rakan-rakan sebaya. Kesempatan untuk berzina terbuka luas pada masa ini. Hanya dengan alasan mengikuti kawan ke pulau tioman, anak remaja ini dengan mudah dapat menginap di hotel selama seminggu dengan pasangan yang dikasihi.

Negara ini ialah negara islam yang paling bertuah. Masakan tidak, kita buka gedung-gedung maksiat, kita bawa masuk investor arak, kita bagi tanah untuk tauke judi membina kasino, kita bawa masuk budaya luar tanpa had, kita luluskan rumah-rumah pelacuran (urut), ternyata kita punya negara islam yang gemilang. jangan hairan masalah sosial bertaburan seperti pasir di tepi pantai. Baru-baru ini Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan hukuman mati kepada pesalah kes ini jika sabit kesalahan. Kes ini akan disiasat di bawah kanun keseksaan. Namun, sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang. Kita terlupa memandang kes ini dari sudut pencegahan. Melaksanakan hukuman mati ialah hukuman, iaitu jalan lain selain kemaafan. Mengapa tidak laksanakan hukuman hudud untuk penzina. Bukankah ianya mampu untuk mencegah. Kesudahannya tetap sama iaitu kematian pesalah. Tetapi impak daripadanya cukup besar lebih besar daripada hukuman selepas membunuh bayi. Kerajaan begitu takut untuk menegakkan hukum Islam, namun kini menjatuhkan hukuman bunuh kepada pembuang bayi, apa bezanya? Jika kita melaksanakan hudud, sudah tentu tiada perzinaan dan tiada pembuangan bayi. Ataupun sekurang-kurangnya dapat mengurangkan aktiviti perzinaan.

Sikap masyarakat kita juga penting dalam menentukan hala tuju anak bangsa kita. Zaman ini ialah zaman di mana kita semua memandang enteng masalah sosial. Jika itu bukan anak kita, maknanya itu bukan masalah kita. prinsip ini memang salah sama sekali. Sebagai masyarakat kita juga berperanan secara tidak langsung dalam membendung masalah sosial yang akhirnya menjerumus kepada perzinaan. Kita boleh bermula dengan menjeling tajam pasangan remaja yang bebas berpelukan di tempat awam kemudian membaling batu ke arah mereka dan melarikan diri secepat mungkin. Jika kita melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika tidak mampu cegahlah dengan mulut. Jika tidak mampu juga, maka cegahlah dengan hati. Tepuk dada, bukan Tanya selera juadah berbuka, tapi tanyalah selera untuk menegur ataupun tidak. Kerana masayarakat itu ialah kita. Jangan terkejut jika suatu hari anda bangun pagi dan mendengar tangisan bayi di depan pintu.

Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang mendidiknya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Kepada para ibu bapa, fikir-fikirkan kenapa remaja zaman sekarang bebas seperti burung sebelum kena lastik. Kebanyakan remaja cenderung untuk membebaskan diri daripada ibu bapa, dan masa masuk ke kolej ialah zaman kebebasan. Disinilah mereka mula mengenali pergaulan tanpa batasan, alkohol, kondom, dadah dsb. Wahai ibu bapa, didikan itu tidak hanya sampai lulus SPM, tetapi hingga akhir hayat.

Ironinya kes ini seringkali dikaitkan dengan bangsa Melayu. Bukankah kita beragama islam. Jangan silap. Allah tidak pernah melihat kita dari sudut bangsa, tetapi taqwa kita terhadapnya. Malahan TV9 sendiri sudah membuktikan siapa itu Melayu melalui rancangan Gadis Melayu. Tahniah TV9. Kepada staf TV9, hari ini berbuka juadah apa?

**********************************************************
Dakwat Basah! mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 kepada mereka-mereka yang faham.

6 comments:

fiddeOmar said...

dakwat basah: kamu dengan terang dan beraninya telah menulis apa yang selama ini saya terfikir tapi tak berani nak tulis.
-hudud instead of hukum bunuh utk pesalah buang bayi
-waktu persenyawaan bayi2 yang dibuang dan punca
-pendirian kerajaan negara islam malaysia

teruskan mencurahkan dakwat kamu! :)

cemomoi said...

kesian orang yang keja kat media prima dan rtm yang ikut ada saham dalam menggalakkan kecelaruan sosial tapi jangan lupa kita sebagai masyarakat yang menyokong kesengsaraan sosial ummat islam... melayu tuuuuu

rohanazainal said...

bau.. panjang giler entry ko.. ak dp conclusi tok ebtry ko ni wpon ak ta bis baca sebenarnya.. klo ko tgk dunie skg.. cmnie r jd.. cm da jd kes bese je skg.. papepon, jgn trus tndg jari kat org.. tgk dulu diri kita.. hope, sama2 dpt membanteras gejala2 yg tidak sihat.. think it!

Fared Isa said...

salam..

wow, seriously very well written..
so honest, everyone should read this...!

and yes, i did noticed gutteruncensored was blocked..shite!

our government is so coward! instead of blocking thousand of porn sites, they choose to blocked not-so-porn site (lol)..

and again, very well written, congratz bro!

Amal said...

Salam ziarah =D
Nice artikel
hukum hudud itu ada political connotation di situ...sbb itu kerajaan masih menolak untuk buat haha

saya terfikir yang kita cadangkan saja hukum bunuh kepada penzina without mentioning the 'hudud' thing and see how it goes

A wife for a great husband said...

Hukum hudud datang dari Allah,bukan dari manusia..kena faham ye...kalau tak faham gak, p mengaji kat mana tok guru yang pegang hadis dan quran..mudah.
anyway, apa pun masalah kita di dunia fana ini ada penyelesaian nya jika kita balik kepada islam, dari masalah kecil spt kuman sampai ke masalah besar spt dinasour..seniri mau pikir..Allah akan serahkan kamu kepada manusia jika kamu mencari keredhaan manusia, Allah akan uruskan kamu jika kamu mencari keredhaan Allah...
Elakkan kekeliruan yg ditimbul oleh media yg tak cukup ilmu agama, jd seniri p cari ilmu, jgn dok tadah ja telinga.