Thursday, June 7, 2012

terengganu one point O. bila 1 bahagi 13 = tak adil

pemandu paling kool ~ dapat melihat 300m dihadapan. aku menggelarnya futuristikisme.

kalau lalu pahang, jgn lupa ikan patin. singgah di cherating membaham ikan patin. boleh tahan, tp temerloh lg power.

melalui jln cherating mengingtkan aku pd arwah putri, di pantai ini dia terkial2 mencoba berjalan.

ternampak signboard gebeng, tempat manusia bakal lahir berkepala 18.

rantau abang, adam berak.. gua kool beb. adam kalau dah besar, jangan marah papa tulis ni.

wajib beli jagung bakar di satu tempat apa namanya, merchang ke ape. dah lupa. setongkol RM2.50, besar boleh tahan. yg special ~ jagung tu memang terbakar!

aku mencari kuih akok, sepanjang jalan perlahankan kereta, tapi gagal. cisssssssssssss...... kalau ada ore ganu baca ~ tolong talipon aku. kelaut kite.. lain kali aku pegi lagi beli akok. gila mengidam beb. sedap mengalahkan baru kahwin.

tapi serius, memang aku nak sangat makan akok. aku sekarang dilanda akokisme.

homestay kat gong badak yang aku sewa memang poyo. cerek xde, lampu bilik rosak, pendek kata. poyo lah. aku silap, patut booking awal2. poyo lah aku. pagi2 adik aku iron baju boleh meletopp extension wire tu, nasib x terbakar adik aku yg putih mcm kertas A4 tu.

malam sempat singgah bundle ~ tempat wajib aku setiap kali merantau. memang kool - tepi jalan dekat kompleks sukan gong badak. alaa..tempat stadium runtuh tu. ada pokok, ada nyamuk,pasang radio ganu, dengar ore ngaji. kool beb. aku rembat jeans edwin, RM10.00 gua cakap lu.. jeans ni sesuai pegi demo menentang kerajaan barisan nasional... sesuai untuk menyepak canister gas pemedih mata, bagi balik kat FRU.

tempat makang paling kool ~ gerai tepi jalan.

sarapan kat gong badak, aku lupa nama jalan. nasi dagang terbaekkk.. patutlah org baris. dah habis makan, nak masuk kereta terpijak tahi kucing pulak. anak haronn.. kalau aku jumpa kucing tu, aku hantar pegi sekolah.

kalau gi ganu, wajib rasa nasi dagang tepi jalan. rugi mung tak singgah...sungguh!

makan tengahari kat medan selera pantai batu buruk.,hmmmmm..hmmmm...dan hmmmm lagi..tak kool..aku silap, patut pegi cari warung tepi jalan lagi.

adam tergelak2 suka sangat kena angin pantai. sama macam kakaknya.

pegi ke losong beli keropok lekor. 25 batang RM5.00 ~ tak lama dah licin aku makan.

wajib juga singgah losong, rasa mcm x dtg ganu klu x mkn keropok lekor. kereta bau ikang lah..

masjid kristal betul2 jadi tempat lawatan, jauh tersasar dari tempat ibadat. aku x solat dalam, sejadah dia pakai kristal kah? boleh bawa balik sebutir dua.

singgah pasar payang, sempat rembat dodol. meletop jugak rasa dodol bungkus daun pandan. aku rasa semua orang wajib rasa kalau mai ganu.

sempat beli satar kat tepi pantai. perghh..leleh air mata beb. RM2.00 satu cucuk. akak tu nampak kereta plat W, dia bagi dulu. katanya nak balik jauh. mm goi kak. oh ya, mm goi ialah terima kasih dlm bahasa cina.

masa balik, singgah masjid rantau abang. ciss..x sempat ke pantai bawa lampu picit tengok penyu berzina. opss.

adam rileks je mandi dalam tandas perempuan.

singgah restoran tepi masjid nak isi air panas untuk susu adam hensem, bagi botol besar gajah, akak tu rileks je isi, lepas penuh dengan rileks juga dia kata "seringgit dik", aku lagi rileks bagi seriyal. rilekslah, benda apa free kat dunia. nak menjamban pun bayar.

best lah tengok api keluar atas kilang gas kat kerteh.. bentuk senibina kilang membawa aku ke zaman kanak2 masa menonton cerita ultraman, sebelum ultraman muncul, semasa team penyelamat menekan butang hentah kejadah dalam pesawat. ada pulak signboard dilarang menangkap gambar. aku tergelak.
ha ha dan ha bunyinya.

singgah cherating lagi, wajib rasa kopi O cherating. memang power.. lagi power kalau hisap kretek jenama pall mall pakai lighter warna kuning, warna bersih three point O, bukan bersih 4 yg poyo mcm seluar dalam koyak buat kain lap meja makan. eeyyakk......muntah dalam lubang jamban lah tengok geng bersih 4. pelissslah..

signboard pekan mengingatkan aku kepada najib dan ulan bator, tempat asal altantuya.

soalan aku, siapa tahu mana nak beli akok ganu? natang mung, gi ganu x makang akok.
dan sejak bila blogger bertukar wajah? selamat hari raya semua orang.

1 comment:

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey