Friday, February 11, 2011

Kelabu Malami.

Setiap hari kita didendangkan dengan berita-berita pelik. Ini bukan cerita politik, kalau politik memang harus pelik. Berita yang saya maksudkan ialah penangkapan pengunjung atau pekerja kelabu malami.

Bermacam-macam alasan penahanan yang di taburkan. Ada didakwa bekerja sebagai GRO, yang islam didakwa minum arak, yang laki-laki didakwa hisap dadah, perempuan didakwa pelacur, opss..apa beza GRO dengan pelacur? yang muka jambu didakwa bawah umur, yang berbangsa cina didakwa berjudi, dan bermacam lagilah alasan untuk menahan.

Polis lah yang mengerah keringat bila ada arahan gempur, maka muzik dalam kelabu malami akan dimatikan, lampu akan dipasang seterang-terangnya. Satu persatu suspek akan diperiksa.

Berita seumpama ini pada saya seperti mendengar cerita courtney love sempat menukar relationship status dalam fb beliau kepada single, sejam sebelum kurt cobain menembak diri. Ingin dipaksa diri untuk ketawa sudah tidak mampu, kerana berita ini datang bertali arus tidak henti-henti.

Untuk merungkai berita ini, harus difahami apa itu kelabu malami. Ini tempat untuk berhibur sesuai dengan tarafnya sebagai pusat hiburan. Jika tempat berjogging digelar pusat rekreasi dan tempat ramai kanak-kanak digelar pusat jagaan kanak-kanak, maka begitulah juga dengan kelabu malami.

Hiburan ialah apa sahaja yang boleh meriangkan hati. Dari muzik, air yang mengkhayalkan, menari dan sebagainya. Hakikat yang perlu diterima ialah, pusat hiburan ini akan sentiasa menyajikan hiburan yang melanggar akta JAKIM, JAIS, JAWI dan bermacam lagi JA. Di sini perlu ada arak, perlu ada perempuan pelayan, perlu ada sentuhan bukan mahram, perlu ada perkongsian gelap D7, perlu ada kondom dalam tong sampah, dan perlu ada straw pendek berisi syabu.

Ini semua kewajiban dalam kelabu malami! Pusat ini tidak lengkap tanpa ini semua!

Cuba bayangkan sebuah disko yang yang disaji dengan air suam, pengunjung lelaki dan perempuan dibahagikan kepda 2 kumpulan yang ditengahnya ada pagar kawat berduri yang dipinjam dari FRU, untuk lelaki air suam akan dihidang oleh waiter berjantina lelaki vice versa, di pintu masuk ada pemeriksaan keselamatan seperti di lapangan terbang untuk mencegah pengunjung membawa dadah, dan seluruh disko akan disirami air dari sprinkler sekiranya seorang sahaja pengunjung menyalakan rokok.

Kalau disko seumpama ini wujud, cukup satu malam operasi terus lingkup kerana tiada pengunjung.

Adakah pemilik dangdut akan mendapat untung berlipat kali ganda dengan menjual sate di dalam di premis? Tidak, tapi cuba bayangkan berapa ramai pelanggan datang jika beliau menggajikan 5 orang pelacur yang bersedia mengangkang pada siapa sahaja!

Inilah hakikat yang gagal disedari oleh sesiapa sahaja yang mengarahkan serbuan-serbuan ini. Mereka gagal berfikir apakah fungsi sebenar sebuah kelabu malami. Tindakan seumpama ini samalah seperti melarang lembu meragut rumput dan menghidangkan lembu itu dengan mee hoon goreng, padahal lembu mesti meragut rumput untuk hidup.

Kewujudan pusat hiburan gagal diertikan dari sudut pola hiburannya. Menyerbu untuk menangkap sang melayu yang meneguk arak dan GRO yang bersinglet nipis seolah-olah sudah menjadi rutin kepada pihak berkuasa. Dari Kota Kinabalu, Kuching, Jalan Klang Lama, Jalan Loke Yew, Kuantan, Johor Bharu, Damansara dan seluruh pelosok negara, cerita ini pasti berputar. Ironinya pada setiap serbuan akan ditemui perkara yang sama. Tidakkah ini mengajak mereka berfikir, kenapa aku perlu membuat lagi serbuan yang akan datang?

Saya adalah pengikut mazhab mencegah lebih baik dari mengubati.

Kenapa kepala rejim tidak berfikir sebelum meluluskan lesen kelabu malami suatu ketika dulu? Kamu yang bawa masuk arak kan? Jangan bagitau saya pelacur dari china itu datang pakai kapal selam terus timbul di sungai gombak sampai Bukit Aman tak boleh kesan. Sekarang kau kata mau transformasikan ekonomi dengan penambahan kelabu malami, lepas tu arahkan polis serbu dan tangkap china doll sedang seluk seluar datok melayu. BUANG MASA LA!

6 comments:

terokai seni said...

memang kalbu bila masuk kelabul malami

Shaizul Sapar said...

heee..mata pun jadi kelabu.

Unknown said...

Salam.. Lebih baik kita tidur dengan isteri berkelambu malam ni... Lagi best..
Terbaik sahabatku.. I understand your meaning...

Shaizul Sapar said...

hehe..siap berkelambu lagi bang. ini lebih baik dari berkelabu.

Mrs Poyo said...

Semak otak dgn berita mcm ni..

Kesian bang polis kena buat serbuan setiap malam..Macm paklong aku buat hari2..dia pun tak rela..Auuwww!!

Shaizul Sapar said...

ntah..jumpa benda sama jugak.