Teringat lagu semalam,
betul-betul mengganggu tari,
membikin gundah,
dan gila.
Dosa semalam mengejarku,
membayangi tiap hari yang kelam,
gila,
lari berdosa,
betul-betul gila.
Bila jalan ku hilang,
mencari sampai buta,
menjerit sampai mati,
sampai kau merasa asing,
Sampai semua jadi gila.
Tiada titik baru,
yang tinggal cuma jalanan,
basah kerana hujan sejarah,
kering kerana panas dendam,
dan semua orang berkata,
jalan ini tiada titik,
tiada hujung,
sampai mana?
sampai semua orang dititik.
Aku berdiri,
kau datang berlari,
aku tak mencari,
cuma kau yang tak mengerti,
ini bukan jalan semalam,
kau sudah gila,
sama macam aku.
Betul,
cuma kau rasa tinggi,
aku ludah kau tidak berhenti,
pun kau tidak ngerti.
Bukan,
cuma rasa bersalah jadi racun,
sampai hati jadi busuk,
mati dalam urat biru,
Gila,
biarkan aku gila,
kerna semua orang pun sudah lama gila,
cuma malu mengaku,
kencing di tembok.
Pergilah dengan aman,
jadilah lelaki,
jadilah,
aku yang tak jadi.
Satu hari nanti,
semua orang akan pergi,
bersama gila sendiri,
dan esok belum tentu ada,
si gila yang berani,
datang ke jalan ini.
Janganlah kau cari,
basikal dalam perigi,
nanti orang lain tahu,
kau pun gila.
Sunday, November 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ape kau mencarut ni weii
top [url=http://www.001casino.com/]001casino.com[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]online casino[/url] manumitted no consign reward at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]www.baywatchcasino.com
[/url].
geotorelxzp debt consolidation loan
bill consolidation loans
真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频 , 真人秀在线视频
Post a Comment